11.1.13

Air Mengalir Memanggil Air ...







Hari ini hanya mendengar: rentak tenaga kewujudan alam semulajadi. Menyandarkan diri pada alam tanpa memikirkan masa lampau atau masa depan. Kiranya kehadiran saat ini lebih penting untuk dihayati. Angin bertiup memanggil angin. Cahaya melimpah memanggil cahaya. Air mengalir memanggil air. Segalanya saling bersahutan, mengikut ukuran rentak masing-masing. Mengalir... melapis... bercantum dan berderai.

Ada sebutir air, tergantung hening di hujung sehelai daun kering. Masih berbentuk leper. Sebentar lagi ia akan membengkak lalu membulat berat... dan kulit, selaput, salut air itu akan menipis... Kini ia masih bertahan, masih bergantungan pada telotak daun. Hinggalah saat itu tiba: Saat ia menitis, merebas gugur lalu mengalir ke atas daun yang lain pula.

Namun, selaput air itu tidak memecah. 
Sebutir air itu sentiasa dapat membentuk kembali corak dirinya.

... 

hening 2 pagi itu bila baca buku lama asyik juga. bau kertas lama itu harum. atur tulisnya lain. susunnya juga cantik. orang tersohor pula. dan yang paling terkesan itu pada hujungnya, ulang baca "... sentiasa dapat membentuk kembali corak dirinya." 

selamat datang 2013.


8 comments:

AJ Nismihan said...

yang lama kadangnya lebih jujur dan lebih dalam. sedang kita sekarang lebih gah dan bersambut-sambutan sepelusuk pawana biarpun berbaris ilmu hanya secalit dan setitik dua.

'sentiasa dapat membentuk kembali corak dirinya' apabila berdiri dia dengan jati dan kendiri, dan bukan semata rasa dan gelora jiwa yang beralun dalam ombak dunia yang mahu mencecah mati sebelum tiba masanya.

frodo, selamat datang, lagi.
semoga kamu sentiasa dicucuri rahmat Allah hendaknya.
aku tahu kamu jauh, dan sesekali hanya muncul; tapi kamu tak pernah hilang, dari ingatan aku.

Assalamualaikum untuk kamu.
semoga hari ini (tanpa mengira tahun dan masa) lebih baik dari yang pernah ada.

semoga, bahagia untuk kamu, sahabat.

Assalamualaikum

Fatimah Ali said...

happy belated new year :)

依之汉 said...

Selamat tahun baru ke 12 hari. Pasti, ia satu yang baru buat kita semua.

zypherkiller said...

Lama tak menjejak ke tanah jajahan Inche Frodo, persinggahan hari ni disambut dengan versi puitis.
Kagum.
^^ v senyum dengan aman Inche

fyena said...

frodo baggins aka nain.. my od friend....

apa khabar mu di sana~~~~
lama sudah tak berjumpa~~
hahaha...betul ker x...

saje nak jenguk blog ni...da lama x sembang2 dengan tuan punya blog..apa2 pun...u still in my memory...

:5tahundalamkenangan:

Fény Rathúla said...

selamat datang juga.. :)

catherine- said...

selamat untuk kamu frodo.

meorazor said...

S T B bro..